Kem Motivasi Minda Cemerlang 2013

Khas untuk peserta kem kali ini :

 

Esok….

Bila mentari mengetuk pagi

Ingatlah di mana kita pd hari semalam
Bila buntu menegur minda
Ingatlah pesan2 hari semalam
Bila jiwa terasa sunyi
Ingatlah gelak tawa hari semalam
Bila hati gundah gulana
Ingatlah indahnya memori semalam

 

Perjalanan mu masih jauh
Meredah ranjau kehidupan
Yang penuh cabaran dan halangan
Merintih ilmu dari yang tahu
Menagih faham dari yang arif
Merungkai kata dari yang fasih
Memohon restu dari yang faqih

 
Dalam perjalanan ini jatuh bangun adalah lumrah

Mengajar kita akan erti satu perjuangan
Ada kegagalan untuk mengajar kita erti kesungguhan
Ada kejayaan untuk mengajar kita erti satu pengorbanan
Ada kebahgiaan untuk mengajar kita erti satu impian
Ada kesengsaraan untuk mengajar kita erti satu kebebasan
Ada keamanan untuk mengajar kita erti satu kesabaran
Ada kenikmatan untuk mengajar kita erti satu anugerah
Ada kesedihan untuk mengajar kita erti satu kehilangan
Ada Tuhan untuk kita pulangkan segala kesyukuran
 

Usah resah gelisah

Di sini kita bersama-sama
Melihat satu kepincangan dalam kehidupan
Menampal lubang2 kebingungan

Memaku  hati2 yang retak

Di sini kita bersaksi

Ada insan2 hebat yang ingin membantu
Ada kawan2 yang seiringan
Ada orang yang perihatin
Untuk sama2 …
Merintis jalan kejayaan
Memburu satu impian
Buat diri dan insan tersayang

Kem Bina Semangat,
Kuala Kubu Baru
6 Oktober 2013

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s