Learning Tips #4

Menghadapi peperiksaan

Persediaan Sebelum Peperiksaan

  1. Belajar dalam kumpulan adalah satu kemestian untuk lulus dengan cemerlang. Pastikan ahli kumpulan terdiri daripada mereka yang serius untuk belajar bukannya kawan rapat yang suka bersembang. Pilihlah mereka yang agak cemerlang agar anda akan banyak mendapat manafaat daripadanya.
  2. Diskusi mesti disusun dengan teliti agar pertemuan tidak disia-siakan begitu saja. Bincang sebanyak munkin masalah yang berkaitan dengan subjek Pastikan anda faham semua masalah dan jawapan yang diberikan. Jika ragu-ragu dapatkan nasihat pensyarah.
  3. Bentuk Nota Kecil. Buatkan nota kecil ini dengan meltakkan isi-isi penting berkaitan dengan subjek tersebut.
  4. Pastikan cukup tidur. Tidur yang cukup adalah amalan yang paling baik sebelum menghadapi saat-saat peperiksaan. Walaupun amalan ini tidak diamalkan oleh sebahagian besar pelajar, cubalah dapatkan seketika untuk melelapkan mata dan merehatkan minda. Luangkan masa bersolat hajat dan berdoa agar dilapangkan minda dan diberkati segala usaha kita.
  5. Bangun awal.
  6. Pastikan akan tiba awal di Dewan peperiksaan.
  7. Peralatan. Sediakan peralatan peperiksaan sebelum anda tidur seperti kad matrik,slip peperiksaan, pen,pensil dsbgnya. Persediaan kecil ini akan memberi sedikit keyakinan bahawa anda telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

Cara Menjawab Soalan Peperiksaan

  1. Mulakan dengan Bismillah dan sekelumit doa semoga berjaya dalam peperiksan ini. Baca semua soalan sebelum anda mula menulis.
  2. Pilih soalan yang anda rasa mudah dan jawab. Teruskan menjawab soalan-soalan mudah dikuti seterusnya dengan soalan yang susah.
  3. Sentiasa aktif !!! Tulis jawapan anda secara berterusan selagi ada idea. Bila tersekat, fikir seketika dan jika tidak dapat juga tinggalkan soalan tersebut buat seketika dan teruskan dengan soalan yang lain. Jangan habiskan banyak masa mencuba sehingga tertinggal soalan-soalan lain yang munkin lebih banyak pecahan markahnya. Jangan termenung panjang bila anda tidak dapat menjawab, cubalah soalan yang lain dahulu.
  4. Tunjukkan jalan kerja dengan jelas. Pensyarah perlu melihat keupayaan anda menguasai soalan yang ditanya untuk diberi markah .
  5. Pastikan semua soalan dijawab. Jika anda tidak dapat menjawab pun cuba tulis perkara-perkara yang berkaitan.
  6. Tulis jawapan dengan jelas dan teratur. Cara-cara menulis jawapan munkin telah dibincang dalam kelas atau anda boleh dapatkan daripada skema jawapan yang lepas. Cara menulis jawapan yang berbeza akan mendapat markah yang berbeza.
  7. Tanya jika tak faham. Semasa peperiksaan dijalankan calon-calon boleh tanya soalan. Terutama sekali jika soalan yang diberikan itu munkin salah ataupu tidak cukup maklumat.
  8. Jangan panik. Jika anda rasa berpeluh ataupun resah, gunakan beberapa minit untuk rehatkan minda. Minta izin ke bilik air. Bila dah selesa, cubalah sambung semula peperiksaan anda.
  9. Jika ada masa, semak jawapan anda berulang kali. Jangan terlalu gopoh untuk meninggalkan dewan.
  10. Hantar buku jawapan anda bila masa tamat. Bisikkan pada diri anda bahawa itu adalah yang terbaik. Semoga akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Raikanlah dengan penuh ceria kerana anda telah berjaya menjawab dengan baik.

Click image to see bigger pic.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s