FSKM in dilemma

These are emails from my colleagues about some events in the faculty that we could not agree with each other. I find it interesting to put them here because the faculty is certainly in great dilemma. My comment (in English) is at the end of this posting.

Tn Hj Z put forward an issue :

Assalamualaikum

Di fakulti kita, sejak kebelakangan ini banyak sangat program pelajar yang
bercorak aktiviti “fun fair”. Semuanya berlangsung di hari kuliah.
Pertandingan permainan “Monopoly” pada pagi Jumaat di dewan mulia Imam

Al-Ghazali. Pertandingan Teh Tarik pada petang Khamis di ruang legar

FSKM. Saya fikir program sebegini tidak memberi banyak manfaat sangat
melainkan hanya suka-suka sahaja. Memanglah tiada salahnya bersuka-suka,
tetapi seharusnya ia dibuat di hujung minggu sahaja dan tempatnya harus
jauh-jauh dari fakulti. Kehebohan acara Teh Tarik memang sangat mengganggu
pensyarah yang perlu mengadakan kuliah pada petang tersebut malah
kebisingannya tembus dan memecah masuk ke Dewan Al-Ghazali yang ketika itu
sedang berlangsung syarahan oleh Prof. Osman Bakar. Tarikan Teh Tarik
ternyata lebih kuat dari syarah seorang Profesor.

Kita sedang menghadapi banyak masalah pelajar yang begitu longlai
semangat, tumpul fikiran, banyak senda gurau, banyak ponteng. Tambah parah
dengan persekitaran dalam dan luar universiti yang banyak aktiviti “fun
fair” dan hebahan mengajak “Jom kita heboh-heboh”. Apa perlunya membuat
iklan besar-besaran untuk program kecil begini. Pelajar pun jadi keliru.
Suasana universiti mesti ada keseriusan. Suasana fakulti juga mesti ada
keseriusan. Barulah pelajar merasa terangsang untuk belajar. Kalau sana
sini penuh dengan iklan pasar malam, rasa hormat pada tempat ini juga
hilang. Saya tidak nampak di Fakulti Pergigian ada benda-benda sebegini.
Seperti yang disebut Prof. Ahmad Zewail, “Universiti is a sacred place”.
Seperti yang disebut juga oleh Al-Attas, universiti mesti ada suasana
serius, bukan tempat main-main.

Satu lagi tentang pemilihan nama untuk suatu aktiviti. Hebahan dengan kain
rentang besar berkibar di halaman fakulti berbunyi “Pink Panther Night”.
Bunyi macam malam sosial-sosial. Nama malam sebegini tidak seharusnya
dibiarkan begitu sahaja digunakan oleh pelajar. Mungkin ada nasyid atau
bacaan al-Quran pada malam itu, tapi pemilihan nama sangat penting kerana
memberi nama yang betul adalah yang pertama diajar oleh Allah kepada Nabi
Adam a.s. Guna nama yang baik, ia akan menjurus kepada kebaikan. Guna nama
yang bukan-bukan, ia pasti akan memberi natijah yang buruk juga. Alangkah
baik kalau diberi nama “Malam Kesyukuran” atau “Malam Muhibah” atau
seumpamanya sebagai tanda syukur kita atas semua nikmat yang diberi.

Salam. Harap maaf atas ketelanjuran bahasa.

Prof Madya A responded:

askm dan ss

Saya amat setuju dengan pandangan ini. Kita wajib memantau pilihan kegiatan mereka. Saya cadangkan adakan satu elemen dalam borang permohonan tentang faedah serta keilmiahan sesuatu kegiatan yang mahu diadaka/diluluskan. Ini mestilah ditekankan. Sekurang2nya mereka perah otak mereka untuk fikirkan apakah unsur keilmiahan yang boleh diterap dan dicapai melalui kegiatan yg mereka mahu anjurkan itu. Memang tak salah berseronok tetapi digelanggang akademik biarlah kena pada tempatnya. Budak2 ni apa tahu .. kitalah yang wajib membuat keputusan yang baik untuk mereka.

Deputy Dean responded:

Waalaikumussalam.

Pada mulanya saya keberatan untuk menjawab isu ini secara terbuka tetapi
memandangkan isu ini telah dibuka untuk dibincangkan maka saya kira saya
perlu menjawab memandangkan ia berkait rapat dengan tugas saya sebagai
TD.

Saya akui sememangnya 3 aktiviti tersebut tidak bersifat akademik:
1. Monopoly merupakan aktiviti anjuran HEP UiTM dan FSKM memberi kebenaran
untuk menggunakan Dewan Al-Ghazali. Hampir kesemua fakulti terlibat sama
dalam program ini termasuk daripada Fakulti Perubatan dan Fakulti
Pharmacy.
2. Teh Tarik dan Iron Chef merupakan pertandingan aktiviti pelajar untuk
mengumpul dana bagi lawatan akademik ke Vietnam. Penyertaan pelajar
melibatkan hampir kesemua program dalam FSKM.
3. Pink Panther merupakan aktiviti anjuran Kelab Sains Aktuari sempena
meraikan kejayaan Kelab Sains Aktuari menduduki tempat ketiga dalam
aktiviti sosial dan kebajikan di peringkat UiTM. Aktiviti ini tidak
menggunakan Tabuing Amanah tetapi menggunakan duit pelajar sendiri.
Wartawan dan Alumni juga hadir pada program ini.

Saya kira, kita perlu lebih fleksibel dengan keterbatasan yang ada bagi
pelajar kita menganjurkan aktiviti sama ada bercorak akademik dan bukan
akademik. Ada aktiviti untuk golongan sasar yang tertentu dan ada aktiviti
untuk golongan sasar yang berlainan.

Janganlah kita “menghukum” seseorang sebelum kita “menghukum” diri kita
sendiri. Kita perlu tunjukkan keseriusan kita sendiri sebelum kita meminta
pihak lain lebih serius. Saya kira keseriusan kita di Pusat Pengajian
dengan menghadiri mesyuarat Jabatan dan tanggugjawab kita untuk
memperkasakan SIG (bukannya mematikannya), PP dan fakulti adalah lebih
utama difikirkan dahulu.

TK.

-TD-

N said in response:
Terima kasih atas pandangan Dr M. Saya mohon, seperti yang Dr M sebutkan selidiki dahulu dan hampiri pelajar. Mereka perlukan kerjasama untuk memahami diri mereka. Jika ada kesalahan bolehlah kita tegur secara hikmah. Saya turut melihat aktiviti monopoli dan pink panther night. Mereka buat aktiviti sekadar menyahut seruan Prof Zainab untuk aktifkan diri. Aktiviti petang Khamis adalah untuk aktiviti pelajar. Prof Zainab sendiri menyatakan tiada kelas boleh dibuat waktu itu. Oleh itu saya rasa tidaklah salah mereka memilih waktu tersebut. Jika kita lihat jadual waktu dipintu bilik kuliah memang waktu itu dikosongkan.

Harap dapat memberi sedikit ruang kepada aktiviti pelajar. Setiap aktiviti dipantau oleh pensyarah. Lainlah jika aktiviti itu dilakukan diluar kawasan UiTM.

Sekian ,terima kasih

N

One of the organisers explained :

Assalamualaikum.

Sebagai salah seorang penasihat Young Investors Association UiTM, saya terpanggil untuk memberi sedikit komen memandangkan isu yang Tuan Haji Z timbulkan turut melibatkan program “Monopoly Challenge” yang dianjurkan oleh persatuan ini.

Untuk pengetahuan Tuan Haji Z dan lain-lain, persatuan ini adalah di peringkat universiti yang menganjurkan pelbagai aktiviti dan program mengenai investment (pelaburan). Persatuan ini disertai oleh pelajar dari pelbagai bidang i.e. pelajar fakulti perniagaan, kejuruteraan, etc yang meminati bidang pelaburan. Tidak ketinggalan pelajar Sains Aktuari yang sememangnya belajar dan minat bidang pelaburan. Presiden dan AJK persatuan ini ramai juga dari kalangan pelajar Sains Aktuari. Jadi, atas sebab itu program ini memilih fakulti kita sebagai tempat berlangsungnya pertandingan.

Aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini tidak lah aktiviti bersosial atau sekadar aktiviti “suka-suka”. Pada tahun lepas, pertandingan yang dijalankan ialah “Mock Invesment League”. Pada tahun ini pula pertandingan monopoly diadakan. Monopoly memanglah sejenis permainan (board game), tetapi dari satu aspek, ini adalah satu latihan untuk membuat pelaburan properties misalnya. Jadi, pertandingan monopoli anjuran Young Investors Association, UiTM ini bukanlah sejenis hiburan bercorak fun-fair, aktiviti bersosial atau aktiviti “suka-suka”. Memang ada aktiviti purely-academic yang turut dianjurkan seperti mendengar ceramah pelaburan, lawatan ke Bursa Malaysia, tetapi aktiviti serius seperti itu perlu diselang-selikan dengan pertandingan yang menjadikan persatuan seperti ini tidak bosan untuk disertai oleh pelajar-pelajar.

My response :

Assalamualaikum,

Please forgive me but I can’t help to budge in as the issues are of great importance. I hope everyone is calm , cool and collected as we digest the long and complicated emails. Hmmmm…now we know that people do have to time to write … given the “hot” circumstances and issues to reason with.

I, for one, stand to deem that all those activities are meaningless for whatever reasons they stood by. I am sorry for being so mean but youngsters must be taught with “a stick” not “a carrot”. It is correct that I don’t know the contents for those activities but I know for sure they are for “fun”; and “fun” these days means “trouble for young Muslims”. As part of the faculty I think we do have the right to comment and give opinions. It is a bit “pedas” but that’s how the things are when values and morality are at stake. I am a bit concerned if the faculty allow these sort of programs and hope for the best that “nothing bad will happen”….well the lecturers are around to pantau…..do you believe that those youngsters will do bad things in front of you…do you believe that you have also opened the flood gate that has been warned in the Holy Quran (….janganlah kamu hampiri zina…). You want to be flexible that’s fine; you want to be active and dynamic, that’s fine; you want to have some fun, that’s fine…but with “the funfair” type of program ….please do it somewhere else and not in this faculty .

How could you stand to see our youngsters choose to downgrade the professorial lecture over another event? A sign of diminishing glory of knowledge in the place that we claim to aspire a world class education. I am very sad indeed. Just could not imagine to stand before Allah and say that I would allow it for the sake of fun and “space for the young ones”. But would I say and do different thing if I were in your shoes, I would not know would I? nonetheless, I know one thing for sure —my conscious is clear and would stand by it no matter what InsyaALlah.

I guess we are time and time again trapped in the vicious cycle of maksiat and munkar. A cycle we were in once before and is here again to haunt us. We can let go on one hand but just could not get it off on the other. Confused between nostalgic past and a dream of reality. Imam Ghazali described this as an-nafs ……(lupa lak nama dia)—a mixture of good and evils that will limit someone to attain a higher level of spiritual purity (an-nafs muttma’innah). No matter who we are, where we are or what post we are holding…we want to let go of the evils that will tarnish our remaining years on this earth. And I do mean that for none of us will remain standing to hold the sky up above. Do not be surprise to know that there are people who, during the qiam before dawn, pray for our leaders in the faculty to remain strong and make right decisions for the sake of Allah and ar-Rasul. Our students are here to be educated and protected….to be within the “benteng” with us as the guardians. We do not want to betray that trust

The critics are not harsh, they are sincere and in good faith. The challenge is to go back and review the programs. Ask a lot of questions and answer them truthfully. Things will get better, InsyaALlah.

One thought on “FSKM in dilemma

  1. Salam Dr,

    Saya merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti swasta dan juga pelajar di FSKM. Disini saya ingin melontarkan pandangan ikhlas bersama cadangan saya berkenaan isu berbangkit kerana saya berada di kedua2 belah pihak.

    Daripada pandangan saya sbg seorang pensyarah:

    Saya bersetuju dgn sebahagian pendirian Dr. dalam isu ini. Benar, “universiti adalah sebuah tempat yg suci” dan martabatnya perlulah dijaga dan dipelihara. Saya percaya Dr. tidak menghukum sewenang2nya kerana penjelasan berserta bukti daripada ayat2 suci Al-Quran itu mmg benar dan nyata. Dan sebagai pelajar mereka sepatutnya, mendengar nasihat daripada pensyarah apatah lagi jika aktiviti2 tersebut menganggu proses pembelajaran. Mereka perlu faham, keutamaan kemudahan2 yg terdapat di fakulti adalah untuk tujuan ilmiah, walaupun pada petang khamis mmg diperuntukan utk aktiviti pelajar. Mungkin ada sesetengah pensyarah yg perlu menggunakan waktu tersebut utk menggantikan kuliah2 yg tertinggal atau sbg kelas tambahan. Para pelajar perlu faham keadaan ini kerana ia juga merupakan sbb utama mereka berada di universiti.

    Cadangan saya:

    Di dalam Class/Hall Booking System, perlu menyenaraikan kategori2 aktiviti yg dijalankan supaya kedua2 pihak memahami tahap keseriusan yg perlu mereka hormati. Sekiranya dewan tersebut mmg telah di tempah lebih awal utk tujuan riadah, pensyarah terbabit bolehlah menggunakan bilik yg berjauhan agar proses pembelajaran tidak terganggu, begitu juga sebaliknya. Jika masih terganggu, mungkin pihak pengurusan boleh menambah 'bahan penebat' pd dinding dewan agar bunyi bising dapat dikurangkan atau dilenyapkan.

    Daripada pandangan saya sbg pelajar pula:

    Para siswa dan siswi kini lebih kreatif dgn pelbagai kemudahan teknologi yg mereka ada kini. Namun, pendirian saya masih sama spt diatas, kerana walaupun objektif riadah menjurus kepada 'educational games' tapi tetap ada segelintir pelajar yg belum faham sepenuhnya batasan2 yg perlu mereka jaga terutama dlm pergaulan antara lelaki dan perempuan, pengunaan bahasa yg betul dan pemahaman terhadap prosedur2 yg perlu dilalui sblm melakukan sesuatu aktiviti. Sesetengah pensyarah juga perlu bersikap terbuka dalam pendekatan berdakwah, pelajar2 perlu diberi kebebasan bersosial (dlm keadaan terkawal dan tahu batasan) kerana di tempat kerja pada masa akan datang mereka akan byk terlibat dgn aktiviti2 berkumpulan dan kerana itu kemahiran berkomunikasi dan bersosial penting bg setiap siswazah.

    Cadangan saya:

    Wujudkan pemantau bg aktiviti2 yg dijalankan oleh pelajar (mungkin staf dari student affair) atau penguatkuasaan daripada peringkat fakulti seperti 'standard rules & regulation' yg perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Mungkin boleh selitkan juga berkenaan pemakaian dan batasan2 yang perlu dipatuhi.

    Kesimpulannya, barangkali cadangan2 diatas sudah lama wujud dan jika benar bermakna pelaksanaannya belum dilaksanakan sepenuhnya. Bukan hanya pensyarah2 yg perlu bertanggungjawab terhadap pembentukan sahsiah pelajar tetapi pihak pentadbiran dan pengurusan juga memainkan peranan penting dalam membantu mereka. Apabila kita berada di institutsi pendidikan, walaupun bukan sbg tenaga pengajar tetapi kerana kita adalah sebahagian drpd institusi tersebut maka menjadi kewajipan kita merealisasikan matlamat yg disasarkan. Apatah lagi, jika ianya melibatkan generasi muda Melayu Islam. Wallahu a'lam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s