Memberi dan Menerima

Semalam saya berada di Bilik Rehat FTMSK berborak dengan kekawan lama dan sempatlah kutip sebanyak RM155 untuk Program Bubur Lambuk FTMSK sempena bulan puasa nanti. Saya menerima kutipan tersebut dengan begitu terharu kerana mereka menderma dengan ikhlas langsung saya merasa begitu terbeban dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya menerima sumbangan tersebut dengan penuh syukur kerana ada insan2 yang menyahut seruan saya.

Saya pulang ke rumah dan sambil berehat saya dikejutkan dengan panggilan salam dari pintu pagar. Sah pakcik ni dari Afghanistan. Saya menjawab salam dan bersapa dengan beliau. Apalagi minta sumbangan untukanak yatim Afghan. Hati saya berbelah bagi dengan seribu pertanyaan. Adakah duit aku nanti akan sampai ke pangkuan anak2 yatim itu yang beribu-ribu kilomater jauhnya ? Teringat juga pesan ustaz semasa kuliah Maghrib yang saban hari saya hadiri mengingatkan akan adab bersedeqah—tak usah difikir2 panjang bagi saja mengikut kemampuan dan berserah pada Allah taala. Saya mengambil sedikit wang dalam kereta dan bagi pada pakcik tadi. Tidak banyak tetapi cukup untuk memberi saya satu perasaan yang lega dan aman kerana dapat bersedeqah.

Apa yang saya nak sampaikan disini adalah saya telah pun berada dalam dua keadaan yang berbeza : satu menerima sedeqah dan satu lagi yang memberi sedeqah. Dan saya rasa keadaan saya semasa memberi sedeqah jauh lebih secure walaupun sedikit berbanding keadaan yang menerima sedeqah walaupun 15kali ganda banyaknya. Teringat saya kepada hadis Rasulullah yang mengatakan tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima. Memang betul.

Jadi ambillah kesempatan yang ada untuk memberi kepada yang kurang kemampuan. Tambahan dalam keadaan yang masyarakat kita yang serba dhaif sekarang ini. Kenaikan harga barang yang semakin hari semakin membebankan. Saya rasa staf FTMSK ni masih lagi mampu mengukir senyuman; duit sentiasa ada dalam kocek untuk anak2 pergi ke sekolah. Adakah jiran2 kita, saudara2 kita atau kenalan kita mampu berbuat yang sama ? tanyalah hati kecil kita dan buatlah perkiraan yang sewajarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s